BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

August 25, 2016

Ahli Kumpulan

NAMA PENSYARAH :
Ustazah Hayati talib@wahab

NAMA PELAJAR :

1. AINOL AIZATT BIN KAMARUDIN (02DKM14F1023)
2. MUHAMMAD SALLEH BIN MOHD JAMIL (02DKM14F1139)
3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ROSHAIZAT (02DKM14F1029)

4. FARIZATUL AZUWA BINTI MAZLAN (02DKM14F1079)
5. NOR DEWI FARAIN BT ZAINAL HARIS (02DKM14F1134)



Thanks For Reading~

August 14, 2016

Peranan Jiran Menangni Jenayah


Jiran merupakan insan yg trpenting dalam kehidupan,namun apakah maksud jiran?berdasarkan hadis rasullulah saw menunjukkan bahawa walaupun jarak seseorg itu di selangi 40 buah Rumah,ia juga dikira sebagai jiran tetangga.tetapi pada masa kini isu kejiranan semakin dipandang remeh oleh masyarakt,tanpa mereka sedari,kejiranan mampu membanteras jenayah yang semakin berleluasa di negara kita.

Jiran yg baik haruslah melaporkan kepada pihak brkuasa jika brlakunya rompakan di ketika jiran balik ke kamupung halaman. Menwujudkan rukun tetangga dalam sesebuah perumahan antara jiran supaya dapat membanteras jenayah dengan serta merta . Mengadakan rondaan malam sesama jiran  agar masalah rompakan dan penculikan dapat di kurangkan . Jiran juga haruslah peka dgn maklumat yang dikeluarkan oleh pihak brkuasa untuk keselamatan  bersama. Selain itu , Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud: “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah : 2) . Disamping itu , Bertegur Sapa Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.Kunjung-Mengunjung , Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat. Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu. Selain itu juga ,Menghulurkan Bantuan ,Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat.Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita. Bergotong-Royong ,Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, surau, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.
Aktiviti bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihaar alam sekitar, membantu jiran dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.Perkelahan Keluarga ,Mengadakan program perkelahan keluarga adalah amalan terbaik dalam menjalinkan kemesraan penduduk setempat. Seharusnya kita memanfaatkan sebaik mungkin destinasi-destinasi pelancongan yang banyak terdapat di negara kita bagi menjayakan program ini seperti Port Dickson, Hutan Lipur Lentang di Bentong,Kuala Selangor dan sebagainya. Banyak acara dan permainan yang boleh dijalankan dalam mengisi program perkelahan keluarga ini sama ada untuk dewasa, kanak-kanak atau keluarga seperti berebut kerusi, mencari barang, mencari harta karun, tarik tali, tiup belon dan sebagainya. Siapa sangka keseronokan yang dirasai secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan kejiranan! Banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bagi menguatkan hubungan kejiranan seperti bertukar-tukar juadah atau kuih-muih, mengadakan kelas kemahiran seperti jahitan dan sulaman, mengadakan progran lawatan sambil belajar, mengadakan rumah terbuka dan sebagainya. Apa yang penting ialah adanya kesungguhan dari dalam diri setiap daripada kita dalam mengorak langkah bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan.
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.

Kesimpulan
          Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat.

 Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

Rumusan
Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

Lampiran
1 . http://transformasiummah.blogspot.my/2011/04/cara-mengatasi-dan-membendung-jenayah.html?m=1
2. http://mohamadsofee.blogspot.my/2009/07/membanteras-jenayah-penyeludupan-dan.html
3. http://www.nizarazu.com/tips-menghalang-jenayah-dan-kecurian/



Thanks For Reading~